Pages

Thursday, October 21, 2010

Potensi Bentuk Muka Bumi terhadap aktiviti penduduk di Kampung Gunung Felda Besout

Pendahuluan                                   


       Kami  Muhamad Ashri bin Ghazi dan Muzakir bin Tajul Arus.Kami murid Tingkatan Satu Cempaka di Sekolah Menengah Kebangsaan Felda Besout.Kami telah menjalankan kajian tempatan bersama-sama dengan empat orang rakan kami.Tajuk kajian kami ialah Potensi Bentuk Muka Bumi terhadap aktiviti penduduk di Felda Gunung Besout.Sungkai,Perak.Kami telah memilih  Felda Gunung Besout sebagai kawasan Kajian Geografi Tempatan kami.Melalui kajian ini. kami dapat mengenal pasti pelbagai bentuk muka bumi di Felda Gunung Besout .Selain itu,saya juga dapat mengetahui sumbangan dan potensi pelbagai bentuk muka bumi di Felda Gunung Besout terhadap aktiviti penduduk tempatan.

kawasan kajian

Kawasan Kajian
Kami telah memilih Felda Gunung Besout sebagai kawasan kajian kami.Rasionalnya ialah kawasan ini adalah tempat tinggal kami.Oleh itu,ini memudahkan kami untuk menjalankan kajian ini.
          Felda Gunung Besout terletak di Sungkai dalam daerah Batang padang.Pusat bandar Felda Gunung Besout ialah Sungkai,ianya terletak kira-kira 25 kilometer.
        bilangan penduduk yang tinggal di kampung ini kira-kira 3000 orang keatas.Kebanyakan daripada mereka beragama Islam.Kegiatan utama penduduknya ialah pertanian

kaedah kajian

Kaedah Kajian
Kami telah menggunakan beberapa kaedah untuk mengumpul dan memperoleh maklumat yang diperlukan dalam kajian ini.Kaedah yang telah digunakan ialah:
a)Lawatan dan Pemerhatian.Kaedah ini digunakan untuk mengenal pasti pelbagai bentuk muka bumi an taburannya dikawasan kajian .Selain Itu,pemerhatian dijalankan untuk melihat potensi pelbagai bentuk muka bumi terhadap aktiviti penduduknya.
b)Temu Bual.Kaeah ini digunakan untukmendapatkan maklumat tentang jenis kegiatan ekonomi yang dilakukan oleh penduduk tempatan.Melalui kaedah ini maklumat sebenar tentang sumbangan pelbagai bentuk muka bumi terhaap penduduk di kawasan kajian juga diperoleh.
c)Pembacaan.Kaedah pembacaan dilakukan untuk mendapatkan fahaman tentang potensi pelbagai bentuk muka bumi.Buku-buku rujukan an majalah merupakan bahan rujukan yang utama bagi kami dan rakan-rakan yang lain

Thursday, October 7, 2010

Objektif Kajian

Objektif Kajian
    Objektif khusus Kajian Geografi Tempatan ini dijalankan adalah untuk:
(a)   mengenal pasti jenis bentuk muka bumi yang terdapat di Felda Gunung Besout
(b)   mengenal pasti jenis kegiatan ekonomi utama  yang dilakukan oleh penduduk Felda Gunung Besout

c)   mengenal proses bentuk muka bumi terhadap aktiviti penduduk di Felda Gunung Besout

Hasil Kajian

Hasil Kajian
     Sebahagian besar daripada keadaan bentuk muka bumi di Felda Gunung Besout terdiri daripada kawasan berbukit bukau.Di sekeliling Felda Gunung Besout adalah kawasan berpaya.Bentuk muka bumi di Felda Gunung Besout telah mempengaruhi aktiviti manusianya. Sebahagian besar daripada penduduk di Felda Gunung Besout terlibat kegiatan pertanian .daripada 20 ditemu bual,didapati kesemua mereka bekerja pertanian.

Search This Blog